05 January 2013

Morning walk...

Salam..

sejuk sangat time buat morning walk kt padang ni..ala2 genting sejuknye..ahaks

alkisah depan rumah kitorg sekarang ni ade padang yg sgt la luasnye.. separuh darinya dikelilingi dengan timbunan pokok pantai yg besar dan tinggi.. so bermula disini, tergerak hati kami nk bawak ali aiman keluar menghirup udara segar pagi ciptaan illahi.. bole melihat keindahan alam semesta yg Subhanallah cantiknya.. sekaligus boleh la kami ceritakan bertapa besarnya kuasa Allah mencipta segala sesuatu diatas muka bumi ni kepada cinta hati kami, ali aiman.. bolela jugak ibu ayah excercise sikit sbb bab jogging ni paling lemah sekali.. hoho..

Allah berfirman
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal"
Ali'Imran: 190

kalau kita fikir2 kan ade banyak kebaikan kalu kerap morning walk ni especially dalam aspek kesihatan la.. antaranya udara pagi sgtlah segar bagus utk bekalan oksigen dalam tubuh kita, dpat vitamin D yg hanya ada pada sinaran pagi matahari, boleh melancarkan aliran darah dan banyak lagi.. Plus! Cara yg sangat bagus untuk memulakan hari selepas solat subuh..:) semoga menjadi rutin harian yang super sihat utk diamalkan kami sekeluarga....


p/s: pantai timur skg musim tengkujuh..so, tak boleh nak setiap hari morning walknye.. :(

No comments:

Post a Comment

nota buat saya: