03 January 2013

Modern Jahiliyah

Salam...

Pehh.. tajuk pon len macam scary je kan.. actly da lame aku nk share pasal ni .. kt twitter dlu.. tp sbb agak panjang gak nk citer so x sesuai sgt so alang2 aku dah pon stat berblog balek ni.. Tau ke zaman jahiliah tu amende? Ia bermaksud zaman sebelum nabi diangkat menjadi Rasulullah dimana segala kemaksiatan yg melampau2, pelik, x masuk akal berlaku dimana2 dan bila2.. Dan kita ni bila baca sejarah tu igt perkara2 mcm ni hny akan berlaku zaman dulu je.. skg x... da moden.. zaman berteknologi.. xkan ade dan x mungkin perkara2 pada zaman jahiliah tu terjadi skg...HAKIKATNYA!!!

                                                      
fashion modern jahiliyah boleh dikatakan... hmmmm 
(sangat buruk cam kain buruk okay!)

Realiti masyarakat sekarang persis masyarakat jahiliyah and infac lagi teruk! wow.. kejam sgt tuduhan aku ni kan tapi memang pon.. aku bole kasi beberape point antaranya ialah: 

1. Zaman jahiliyah orang hanya bunuh bayi perempuan sebab kononnya anak perempuan ni membawa malang, tapi orang zaman sekarang orang buang bayi x kira laki ke pompuan dalam tong sampah dalam sungai :(

2. Pelacur zaman dahulu akan menandakan kain putih di pintu rumah (tanda diorang menerima lelaki untuk masuk ke rumah dan dilayan) tapi pelacur zaman sekarang siap boleh iklan sane sini xde batas langsung (especially kt internet).. astagfirullah...

3. Zaman jahiliyah perempuan dijual seperti barangan tapi zaman sekarang dengan kononya slogan "hak wanita untk dapatkan layanan sama taraf lelaki ketika bekerja" hakikatnya model2, duta produk, penari, penyanyi; pelakon..n bla bla menggunakan wanita sebagai pelaris peniagaan, tubuh perempuan ni dieksploitasi amjadi tatapan umum supaya perniagaan akan lebih maju? sedarkah kita?

4. Judi turut berlaku pada zaman jahiliayah tetapi zaman modern skg perjudian dijadikan sebagai kerjaya profesional contohnya: bursa saham, casino dan paling dasyat Kota Judi dibina sana sini..

5. Zaman kini yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin.. bayi yang menderita kelaparan bergelimpangan sana sini ironinya ramai datin2/selebriti2 sibuk ke spa menyedut lemak agar kelihatan cantik langsing...

6. Kalau dulu hamba sahaya masih boleh dikira jumlahnya tetapi kini hampir seluruh penduduk satu negara menjadi budak belian...

Actly banyak lagi contoh-contoh yang boleh kita lihat sendiri..yang berlaku di depan mata kite sendiri..ibarat wayang kehidupan dan kita hanyalah penonton saja.. dan kita tak terkesan langsung dengan apa yang berlaku sebab 'kononnya' kita bukan salah sorang pelakon wayang itu... :(((((
Dan sebenar2nya kini bukanlah zaman peradapan yang modern tetapi Zaman Jahiliyah Baru yang episodnya lebih kelam... Aku harap korg yg baca ni faham... semoga kita dijauhkan dari api neraka yg panas itu... okay!

Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa yang bangun pagi-pagi,sedangkan dia tidak memerhatikan urusan kaum Muslimin,maka tidak tidak termasuk golonganku." 
[HR Al-Hakim]

1 comment:

  1. sangat betul! tulisan yg membuka mata fikir kita.

    ReplyDelete

nota buat saya: