25 November 2011

Chef Nisa: Healthy Kebab

Hari tu aku ade masak kebab.. sebab lately hubby aku ni asek suh masak makanan berkhasiat..katenyer.. padahal die maseh on the mood ""buku kesihatan' die tu.. hoho..so aku pon decide nak masak kebab...tapi korang tau ke kebab tu ape?? rupe kebab of coz la korang tau kan.. sebelum aku revealkan rsepi kebab version chef nisa ni, aku nk citer skit la pasal kebab..

Ia adalah sejenis makanan yang berasal daripada Turki. ia adalah daging ( xkesah daging lembu ke, ayam ke, kambing ke..) yang dipanggang dengan memcucuk sebatang besi pada daging tersebut lalu daging nya dipanggang...selalu korg tgk kt pasar malam tu... lepas masak, daging tu kaan dipotong kecil lalu dihidangkan dengan lazatnyer...
Resepi Kebab Sihat
Bahan-bahan
Daging lembu(steak) / daging ayam(dada)
roti pita
sayuran: bayam , karot(potong panjang), tomato (dadu)
cendawan butang (potong sederhana nipis)
bawang putih
serbuk oregano
sos tiram (1 atau 2 sudu)
sos worcestershire
serbuk lada hitam
mayonise
garam
Cara-cara
1. perap daging dengan bawang putih yang dicincang, garam, lada hitam,serbuk oregano dan sos worcestershire. lagi lame lagi sedap.. (advice minimum mase perapan 1/2 jam.
2. sediakan inti kebab. potong bayam dan karot, rebus dengan air garam.(xperlu lame2.cukup hingga warna da bertukar canti, bole angkat, toskan, letak tepi, kite xnak vegi terlalu masak, hilang khasiat & x cantik)
3. tumis bawang putih masukkan cendawan letak sos tiram dan garam. dalam 3-5 minit. Letak tepi kejap.
4. korang bole pilih nak grill or fry daging tu.. sebab aku nak cepat, senang goreng je daging tu, tapi kuantiti minyak sangat sikit (baru la sehat).. dah masak daging bole la rehatkn daging tu dalam 3-5 minit..pastu potong nipis@kecik.
5. amik 1 mangkuk besar, masukkan bayam, karot dan tomato.. masukkan daging dan juga mayonise, tabur garam n lada sulah sedikit je..gaulkan smapai mesra pastu rehatkan kejap kt tepi..bia sebati.
6. sementara tu, potong 2 roti pita (usually da terbelah dalamnyer), bakar sekejap atas grill. seminit sebelah..
7. sumbat inti tadi dalam roti pita dan bole la diservekan.. 

4 comments:

  1. waaaa...resepi terbaik niy...sedap...hukhukhukkkkkkk..=)

    ReplyDelete
  2. mesti la sedap!!! yang penting..kenyang dan menyihatkan!

    ReplyDelete

nota buat saya: