Hi... kali ni aku nk kasi resepi macam mane nak buat mash potato yang sedap macam KFCnyer tu..tapi untuk pengetahuan korang, yang sebenar2nya, kebanyakkan mash potato kt fast food ni x guna original ingredient. tapi diorg gune tepung dan diorg masukkan perasa potato. so korang rasela macam makan potato tapi hakikatnye tak pon.. maklumat ni aku dapat dari seorang kawan aku Aziz yang pandai memasak. beruntungla isteri beliau. huhu.
Gambar hiasan
Mash potato ni sangat sedap kalu kite buat sendiri, Oleh itu, aku sediakan resepi untuk mash potato aku ni untuk korang sediakan sendiri kt rumah.. its easy and simple, Dzul cem= husband aku pon berjaya membuatnya dengan sedap sekali... Semoga Berjaya :P
Resepi Homemade Mash Potato
4 atau 5 ketol kentang (untuk rase yang lebih empuk dan warna yang cantik, gune RUSSET POTATO)
3/4 cawan susu segar
100gm mentega (dibiarkan pada suhu bilik)
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
garam
Cara-cara:
1. kupas kentang. potong dadu. saiz lebih kurang. rebus dalam periuk dengan air pada paras melitupi kemua kentang. jangan banyak sangat air. masak sampai kentang betol2 lembut. test dengan grapu. =) da masak tos kan kentang sampai kering.
2. cairkan butter dalam periuk kemudian lecekkan kentang dan butter. bole gune belakang botol untuk lecekkan kentang. pastu masukkan susu sedikit demi sedikit, lecekn semua sampai sebati.
3. masukkan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah ikot cita rasa masing2.. (AMARAN: lecekkan kentang gune garfu atau belakang botol. JANGAN gune blender sebab malas punyer pasal, tak jadi kang)
Bahan untuk kuah Gravy:
1/2 biji bawang merah besar (potong dadu)
1 ulas bwg putih (potong hancur)
mentega
tepung jagung
kiub pati ayam
garam
serbuk lada hitam
1 cawan air
Cara-cara:
1. Cairkan mentega, tumis bawang merah n putih sampai caramelize, pastu masukkan tepung jagung. Tumis sampai tepung tu da bertukar kaler kecoklatan skit.
2. Masukkan air skit2 sampai rata (kalu berketul skit2 xpe) then masukkan kiub pati ayam tu kacau lagi sampai sebati. rasa dlu tahap kemasinan baru masukkan garam. Masukkan lada hitam ikot cita rase.
3. da siap, blend semua bahan tadi sampai betol hancur bawang2 semua. bole la dihidangkan bersama mash potato tadi.
4. Tips: Sedap kalau makan semasa masih panas-panas. =)
Homemade Mash Potato boleh dijamu bersama makanan western yang lain...
SELAMAT MENCUBA !!!!!!