08 January 2013

Ribut Sonamu - Survival Kit

                             

Ribut Sonamu yang bergerak sekitar 70km/jam dan dijangka tiba diperairan pantai timur Malaysia 7-9 Januari 2013

Salam...

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita ribut taufan Sonamu yg akan melanda semenanjung Malaysia khususnya bahagian pantai timur.. aku mula2 dapat berita ni melalui wassap yg diforward2kan.. awal2 tu aku ingat mcm amaran palsu.. tapi bila jiran pon sibuk bercerita pasal ribut ni n semalam siap masuk berita TV lagi, maknanya memang betol2, bukan main2.. bukan cobaan.. hati da mula rasa panik sedikit... Terus ku pesan kt dzul untuk beli barang makanan skit.. (Makan je tau.. haha..) tula tapi aku terfikir xkan ni je persediaan aku? ku pon cm blur2.. mcm mane nk hadapi ribut sonamu ni... last2 aku google je la.. bak kate pepatah : sediakan payung sebelom hujan.. ye tak.. tapi boleh kata ramai rakyat Malaysia tak ade persediaan untuk menghadapi bencana alam ni  memandangkan kita sangat bertuah kerana berada di luar lingkaran gunung berapi, so xde gempabumi, xde tsunami... syukur sgt.. so bile berita ribut ni diwar2kan, bole kate ramai antara kita macam xtau nak respond.. xtau nak buat ape.. (ke aku je cm ni..haha).. anyways aku nak share nk korang Disaster Survival Kit yg perlu kita sediakan.. x semestinya korang kene tunggu kerajaan announce ade bencana alam baru o nk terkial2 kan...

Disaster Survival Kit list:

1. Air: bekalan untuk sekurang2nya 72jam. 1 galon air untuk setiap ahli
2. Makanan: bekalan untuk sekurang2nya 72jam untuk setiap ahli, jgn ko simpan makanan mcam nk buat kenduri.. jenis makanan yg sesuai ialah yg tidak menghauskan.. cukup hanya untuk memberi tenaga untuk bertahan hingga bantuan sampai..
3. Selimut dan pakaian
4. lampu suluh : best choice utk emergency ialah yg guna lampu LED, lagi bagus kalu ade head torch sbb senang nak buat kerja nanti
5. radio:  Untuk dapatkan liputan dan update dari berita radio.. ofcoz perlu yg guna power bateri.
6. telefon: telefon bimbit la untuk dapatkan bantuan dan memudahkan komunikasi. plus: sediakan powerbank jugak kalau boleh... guna telefon untuk kecemasan sahaja jangan tergedik2 nak main game ke sbb bosan tggu bantuan sampai..
7. Multi funton handtools: para lelaki wajib ade satu ni..senang kalau nak buat ape2 nanti..
8. Mancis yang disimpan dalam bekas yg kalis air.
9. wisel untuk isyarat mendapatkan bantuan.
10. Duit dalam bentuk tunai tapi jumlahnya sedikit je.
11. Extra bateri untuk lampu suluh dan radio..
12. First Aid.
13. salinan dokumen penting.

                                              
sentiasa bersiap sedia!

Senarai diatas adalah antara barang2 kecemasan yg kita perlu sediakan awal2..letak dalam bekas atau beg di kawasan yang mudah untuk dicapai.. selalunya bantuan untuk bencana akan tiba dalam beberapa jam tapi x mustahil ia mengambil masa berhari... so itulah persediaan kita..

thats all for now. xoxo

p/s: first aid pon xde lagi kt rumah ni... dan hari ni 8hb pagi tadi cuaca mendung sikit, sekarang hujan renyai2 saja kt kerteh ni... semoga kami dilindungi dari segala malapetaka...


No comments:

Post a Comment

nota buat saya: